Mari Mengenali Saya
💓TENTANG SAYA💓
ASSALAMUAIKUM SEMUA dan SALAM SEJAHTERA😍. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sesiapa sahaja yang sudi baca Blog Saya💥
Firts for all, marilah saya perkenalkan diri saya dahulu. kata orang tak kenal maka x cintakan😘. Nama yang diberi NURZAHIRAH NAJIHAH BINTI ZULKIFLI. Nickname saya ada banyak tau, antaranya "Jiha, Rara, Irah, Jihot". Saya mempunyai 3 orang adik beradik dan saya merupakan anak bongsu. Saya dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 25 Januari 2000. Ha dah boleh agakkn berama umur saya😜. Saya dibesarkan hanya di Kluang, Johor dan buat masa ni saya tidak pernah tinggal di luar johor. Ayah saya merupakan seorang pensyarah di Kolej Vokasional Kluang dan Ibu saya pula merupakan seorang Jururawat di Hospital Kluang. Abang dan kakak saya telahpun mendirikan rumah tangga bersama pasangan nya.
Latar belakang pendidikan saya hanyalah biasa-biasa sahaja tetapi alhamdulillah dengan pendidikan yang saya ada telah mendedahkan saya erti kematangan dan kehidupan yang sempurna. Saya telah mendapat pendidikan awal di SK Rendah Tunku Mahmood 2, Kluang Johor. Selepas itu saya telah menyambung pendidikan ke SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang Johor. Sebenarnya ibu bapa saya berharap untuk saya dapat masuk ke Sekolah Kluster Kecemerlangan atau Sekolah Asrama Penuh. Tetapi result UPSR saya tidak memberangsangkan dan telah buat ibu bapa saya kecewa. Tetapi sebaik-baik perancangan Allah di sekolah ini saya mendapat keputusan yang baik dan telah memberi peluang untuk saya membuktikan saya boleh berjaya malah dapat menyambung pelajaran ke Matrikulasi dan UTHM (Diploma). Pada mulanya, saya memilih matrikulasi sebagai pilihan pertama untuk saya menyambung pelajaran, tetapi atas faktor Homesick dan juga tidak dapat modul yang saya nak di matriks jadi saya membuat keputusan untuk meyambung pelajaran ke UTHM dalam Diploma Kejuruteraan Elektrik. Alhamdulillah, semasa diploma saya mendapat straight sem Dekan. Ini membuatkan saya bersyukur kerana apa yang allah uji pasti ada kemanisannya. Dan sekarang, saya meyambung pelajaran saya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Dalam menyiapkan karya PHILOSOPHY ni masih terpikir apa yang nk diletakkan dalam Blog ni. Kata dr, bina satu blog yang melambangkan diri sendiri😜. Dok pikir2, ha dapatlah idea nk buat diari/tulisan tentang masakan. Ya betul, Rara ni suka sangat masak. Pada pendapat Rara memasak ni dapat releasekn tension tau. Nak Rara bgi contoh? hihihhi. Contohnya, masa tengah potong bawng tu, kalau kite geram sbb bnyk kerja. Ha, masanilh kite lepaskn marah sikit. Chop2 laju2 (JIKA MAKANAN HANYA DIMAKAN SENDIRI SAHAJA👀)😈. hihihi. Tpi janganlh buat selalu sebb masakan yang sedap lahir bila kite IKHLAS dan SABAR. Okey, tu antara tips UTAMA kalo makanan nk sedap tau dan ofcoures penting untuk kite hidangkan pada tetamu supaya lebih BARAKAH.
Kalau nak tau, RARA dah tau masak sejak rara umur 9 tahun lagi dan resepi masakan yang rara buat sendiri tanpa bantuan sesiapa termasuk mama ialah Asam Pedas Ikan Merah. Mama Rara masa ni cuma perati ja rara masak..Nampak usaha mama yang selalu mengajar rara then tolong mama memasak sejak saya kecik memang membuahkan hasil.Yela kan..bila kita dok tolong mama kita kat dapur dan perati mama kita masak,secara automatik kita boleh tau nak masak sesuatu masakan..Sejak dari tu,tugas memasak mama bagi kat rara bila time rara cuti sekolah dan sampi la ni rara buat rutin tu.
BERSAMBUNG...... 💓💓💓
Ulasan
Catat Ulasan