B) APAKAH TANGGAPAN AWAL SAYA TERHADAP "PHILOSOPHY"

 


    💓Tanggapan awal saya terhadap falsafah ialah tindakan seseorang terhadap menilai kehidupan dan pengalaman manusia dengan cara menganalisis dan memberi inspirasi. Kemudian mencari kesimpulan yang boleh membawa kepada taksiran secara menyeluruh terhadap ilmu dan kebenaran yang berkaitan dengan kehidupan dan pengalaman manusia. Tambahan pula, berfalsafah juga merupakan proses mencari kebenaran tentang alam semulajadi dab tentang manusia.

      💓Bagi saya, sebenarnya setiap orang mesti ada falsafah tersendiri untuk meningkatkan amalannya, mengurus diri, menyempurnakan kehidupan dan menjadi contoh. Falsafah yang dimaksudkan di sini adalah tentang corak serta aktiviti berfikir.  Seseorang manusia akan berfikir apa yang kehendak dilakukan sepanjang seharian diri bekerja @ belajar. Ini bertujuan agar segala kerja dan tanggungjawab yang digalasnya berjalan dengan proaktif. Oleh yang demikian, ia mempunyai prinsip tersendiri dalam mengurus kehidupan dan pemikiran yang benar. 



      💓Akhir sekali, pada pandangan saya falsafah amat penting untuk mencari dan membuktikan kebenaran dan memberi arah tujuan untuk perkara-perkara penting dalam kehidupan. Setiap perbuatan sertan peerlakuan manusia itu menggambarkan apa yang difikirkan oleh seseorang dalam akalnya. Di mana apa yang dilakukannya adalah apa yang difikirkan. Oleh itu, seseorang yang berakhlak dan berdisplin bolehlah dikatakan sebagai sesorang yang mempunyai fikiran yang tersusun dan teratur. Hal ini kerana, akhlak yang dicerminkannya menggambarkan keadaan akal fikirannya.✌😍

Ulasan