C) IDENTIFY THE TEACHERS NATURAL PERSPECTIVES IN PHILOSOPHY. DISCUSS HOW THEIR PERSPECTIVES HAD NURTURED YOURS.
Gambar ayah semasa mengajar subjek Tekonologi elektrik di SMV Batu Pahat (Tahun 1991)
Perwatakan ayah membuatkan saya sedar bahawa beliau mengajar saya banyak benda tentang kekurangan dan kelebihan diri saya. Ayah merupakan seorang yang sangat tegas dengan anak-anak tetapi masih memberi kebebasan yang terhad kepada kami. Pendirian beliau terhadap sesuatu perkara juga amat teguh dan kuat kerana beliau telah melalui banyak ujian di atas dunia ini sehingga beliau berjaya sehingga kini dan terus kuat menempuh segala ujian. Kesusahan yang dulu ayah hadapi membuatkan beliau amat tegas dengan anak-anak supaya kami menjadi orang yang berguna. Beliau sering menyatakan bahawa pelajar boleh menjadi amal jariah kebaikan kita atau penyebab kita terjerumus di dalam neraka. Maka, ayah selalu menasihati saya jika saya ingin menjadi seorang guru, saya perlu berhati-hati dalam memberi komen atau pengajaran kepada pelajar kerana ia boleh meruntuhkan keyakinan diri mereka sehingga berfikiran negatif terhadap diri sendiri. Di sini saya dapat lihat bahawa ayah seorang yang 'EKSISTENSIALISME' dan tidak hairan la jika saya mempunyai sifat yang sama sepertinya kerana ayah merupakan role model yang terbaik untuk diri saya.
Seterusnya beliau juga mempunyai aliran IDEALISME dalam dirinya. Hal ini kerana, beliau seorang yang suka bercerita semasa mengajar dan beliau juga suka mengulang-ulang perkara yang di ajarnya untuk memastikan saya faham. Selain itu juga, beliau sering menjadi tempat rujukan para pelajar kerana beliau peramah dan suka ditanya. Dari sudut nilai nya beliau adalah seorang guru yang mudah memahami. Bagi saya beliau juga mempunyai aliran PRAGMATISME kerana beliau sering mengajar anak-anaknya dan pelajarnya supaya sentiasa berkelakuan baik. Beliau sentiasa menasihati saya supaya menggunakan bahasa yang sopan dan tidak pernah meninggi suara atau melenting semasa murid bertanyakan soalan kepada saya walaupun berulang kali.
Tambaha pula, beliau juga merupakan seseorang yang berpegang kepada FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM iaitu 3T (TARBIAH, TADIB DAN TALIM) kerana beliau seorang muslim yang taat pada perintah Allah dalam menjalankan urusan harian. Hal ini kerana setiap waktu solat, beliau akan sentiasa solat berjemaah di masjid dan sentiasa mengingatkan saya menunaikan solat kerana solat merupakn tiang agama dan kejayaan kite bermula dengan solat. Beliau juga akan menggunakan masa yang terluang untuk membaca Al-Quran minimum 2 muka surat sehari dan ayah sering mengajak saya untuk membaca Al- Quran bersama. Hal ini kerana, jika kita di alam Kubur, makhluk yang akan menemani dan menerangi kubur kita adalah Al-Quran. Jika kita mengamalkannya. Semasa waktu terluang, beliau sering memberi peringatan tentang agama seperti menjaga solat, menjaga aurat, menjaga batas pergaulan dan pelbagai lagi. Beliau juga sering memberikan kata-kata hikmah dan menceritakan kisah-kisah Nabi dan para sahabat. Hal ini demikian, saya sentiasa bermuhasabah malah bermotivasi dalam dalam kehidupan. Maka, sifat dalam diri beliau inilah mendorong saya untuk menjadi sseorang berpendirian yang teguh, beriman dan beramal soleh.
Oleh itu saya menjadikan ayah merupakan guru yang terbaik bagi saya untuk selamanya. Semestinya beliau merupakan seorang yang sangat berfalsafah dan tidak pernah berputus asa mendidik kami. Beliau juga bukanlah seseorang yang mementingkan dunia sahaja tetapi ayah juga fokus terhadap akhirat juga.
Terima Kasih AYAH dan MAMA 💖💖💖💖
Ulasan
Catat Ulasan