MUTIARA KATA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Diharapkan semua dalam keadaan yang baik dan sihat. Semoga kita sentiasa dijauhkan dari bala bencana seperti penyakit COVID-19 ini yang semakin merebak di Malaysia. Korang semua jaga diri #StayatHome #KitaJagaKita #KitalahFrontliners Disini saya ingin meneruskan penuisan dan nukilan saya untuk topik terakhir ini. Ini merupakan tugasan keempat yang telah diberikan oleh pensyarah saya iaitu topik 3 dan ianya merupakan topik terakhir untuk saya blog ini. Topik 3 ini merangkumi beberapa persoalan iaitu:-
Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) telah mengajar saya tentang
kehidupan seseorang manusia untuk menjadi manusia yang berguna yang ada
falsafah dalam dirinya. Menjadi seseorang yang
seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan juga intelek bukanlah sesuatu yang MUDAH tetapi kite perlu berusaha ke arah itu. Terdapat 4 Western Philosophy (Idealisme, Realisme, Pragtisme dan Eksistensialisme) dan dan
juga 3T (TA'lim, Ta'dib dan Tarbiyah) Islamic Philosophy yang telah saya PELAJARI dalam Falsafah Pedidikan dan TELAH MEMBERI KESAN kepada saya agar suatu hari nanti saya dapat menjadi seorang GURU YANG CEMERLANG. Ia juga
merupakan sebuah aliran yang digunapakai oleh para cendikiawan dan orang-orang
bijak panda dalam membentuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kedua-dua
aliran tersebut merupakan benda yang penting untuk kita agar kita dapat mengenal pasti aliran
yang mana sesuai dengan diri kita dan dengan aliran yang ada itu kita akan lebih mengetahui bagaimana hendak diaplikasikan jika kita telah menjadi seorang guru. Seperti yang telah pelajari, Di dalam falsafah pendidikan barat terdapat mazhab yang
memberikan penumpuan pembinaan insan yang berketerampilan dan aspek ini juga
terdapat dalam falsafah pendidikan kita. Kalau 3T Islamic Philosophy pula penting untuk
menjadikan kita seorang manusia yang berguna. Walaupun ia adalah Islamic
Philosophy tetapi falsafah ini boleh digunakan untu smua orang even bukan orang Islam.
Tanpa membuang masa, marilah saya ceritakan sedikit 2 FALSAFAH PERSPEKTIF NATURAL yang ada pada diri saya. Agak2nya apa ye???😋😚
IDEALISME
Falsafah ini dibentangkan oleh Socrates dan diikuti
oleh Plato. Mengikut Plato, “Saya fikir, oleh itu saya wujud”, segala realiti
adalah kebenaran hanya wujud dalam fikiran manusia. Kewujudan objek-objek
fizikal di alam ini hanyalah manifestasi yang timbul dalam fikiran manusia. Sejujurnya saya seorang yang berpegang pada idealisme. Hal ini kerana
saya sejenis yang tidak suka membuang masa. Setiap masa yang ada, saya akan
hargai sebaik-baiknya seperti jika ada masa lapang saya akan mengulang kaji
pelajaran dan siapkan assignment yang disediakan oleh pensyarah. Tambahan pula,
saya juga merupakan "businesswoman" hihihi😇... Saya juga
merupakan reseller Haurabelle Fashion secara part time. Jadi masa yang saya ada ini, saya akan
promote apa yang saya jual di facebook, instagram dan whatsapp. Saya juga perlu
menyiapkan order dari pelanggan shopee. Nampakkn betapa busynya. Actually, jika
saya tidak menghargai masa yang ad ini, sudah tentu saya tidak dapat menguruskn
masa dan makin bertangguhlah kerja saya. Selain itu, saya akan sentiasa fokus
dalam melakukan sesuatu perkara sehingga kerja or tugasan itu complete dengan
sempurna. Saya punya fokus ni, sampai tahap kadang2 saya tidak makan tengahari.
(Jangan ikut okay, sbb bahaya tau) punyalh bersungguh-sungguh kn. Jika,
pensyarah atau guru mengajar pon saya akan fokus dan take note apa yang mereka
ajar sbb bagi saya stiap point guru yang mengajar itu tersangat bernilai.
Inilah yang buat saya berjaya keharini terutamanya dalam pelajaran dan
perniagaan. Jika saya hilang fokus ketika dalam kelas atau ketika study, maka
apa soalan yang dijawab itu akan salah. Termasuklah ketika saya menguruskan
order pelanggan saya juga perlu concentrate, sbb jika saya tersalah key in
order, saya akan menyusahkan pihak hq dan juga customer. Ini akan meyebabkan
sales saya drop dan hilang kepercayaan dari customer. Jadi bagi saya, FOKUS itu
adalah satu benda yang teramat penting jika buat sesuatu.
Saya juga seorang yang suka ulang benda yang sama
berulang-kali lagi-lagi kalau nak exam saya akan sentiasa hafal benda yang sama
atau buat nota dan latihan yang sama berulang kali supaya saya boleh ingat apa yang saya
belajar.
ANTARA HASIL KECEMERLANGAN SAYA DARI FAHAMAN IDEALISME
Mendapat Dekan semasa mengikuti pengajian Diploma💫
Hasil dari Fokus dan Bersungguh-sungguh dalam Bussiness, saya telah mendapat tempat dalam TOP VVIP SELLER. Alhamdulillah
PRAGMATISME
Keteguhan falsafah ini terkandung dalam keutamaan yang diberi kepada proses untuk mendapat kebenaran. Cara saintifik merupakan cara yang anggap paling sesuai untuk mengenali yang benar atau realiti kerana proses uji-menguji itu sendiri akan menghasilkan apa yang benar. Dalam falsafah ini, timbulnya kehendak sosial dan individu di mana idea tindakan yang baik timbul daripada kehendak etika dan estetika yang dianggap penting oleh masyarakat. Saya juga merupakan seorang yang pragmatisme kerana saya lebih gemar membuat perkara yang menggunakan hands on dan soft skill. Contohnya, ketika membuat amali yang berkaitan dengan elektrik, elektronik dan sistem kuasa, saya akan lebih bersungguh-sungguh dan jika hanya mempelajari teori sahaja tidak cukup untuk kita lebih profesional dalam sesuatu bidang itu. Melalui pengalaman dan soft skills yang saya ada ini, saya dapat praktikannya semasa saya menjalani internship di sebuah kilang dan dapat meyelesaikan tugasan yang diberikan oleh boss. Alhamdulillah, saya telah mendapat kepercayaan oleh boss untuk saya menyambung kerja di sana selepas habis intern kerana hasil kerja saya memberi kepuasan kepada boss😇. Pada pendapat saya, saya akan lebih memahami dan mengingati sesuatu subjek itu jika dilakukan dengan kemahiran hands on yang kita belajar secara teori.
Ulasan
Catat Ulasan