A) KENAPA MEMILIH UNTUK MENJADI SEORANG PENDIDIK?
APAKAH ITU PENDIDIK???
Dalam dunia pendidikan, pendidik adalah unsur utama yang perlu ada bagi memastikan kelangsungan perjalanannya (Gamal, 2003). Tanpa kehadiran seorang pendidik, keberhasilan pendidikan tidak akan dapat di peroleh. Guru sebagai seorang penyampai ilmu, perantara maklumat atau duta pengetahuan di dalam proses pendidikan menjadikan mereka akar kepada keberhasilan pendidikan. Oleh yang demikian pendidik memainkan peranan yang penting dalam menjamin kelangsungan proses pendidikan (Azhar, Abdul Hafiz, Azmi Shah, Kamarul & Mohd Ismail, 2006). Menurut Ying (2006), untuk melahirkan para pelajar yang mempunyai daya pemikiran analitikal, kritis, kreatif, dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka, pendidiklah yang bertanggungjawab untuk menjadi pemangkin wadah perjuangan ini.
Selain daripada itu juga, pendidik berkemampuan untuk mengubah persekitaran di sekolah. Kajian yang dijalankan oleh Hanim dan Siti Maisarah (2011) mendapati pendidik mempunyai perkaitan yang positif dengan penentuan iklim di sekolah. Suasana dan persekitaran sekolah sedikit sebanyak dipengaruhi oleh para pendidik yang menetap di sekolah meliputi sistem, tatacara, undang-undang dan aktiviti yang dilaksanakan adalah berdasarkan idea yang lahir dari para pendidik itu. Jika sesebuah sekolah didokongi oleh para pendidik yang berpandangan jauh, berakhlak mulia, berfikiran positif maka produk keluaran sekolah jua pasti akan menjadi baik.
Ini membuktikan bahawa para pendidik sebenarnya memainkan peranan yang penting mempengaruhi akhlak dan disiplin para pelajar. Pendidik di sekolah bukan sahaja bertanggungjawab sebagai penyampai ilmu bahkan bertanggungjawab untuk mendidik akhlak dan mengawal tindak tanduk anak didik mereka. Perkara ini dijelaskan oleh Azizi, Jamaluddin dan K. Shoba (2010) mengenai berkebolehan guru dalam menilai perkembangan pelajar dan berupaya menentukan kaedah-kaedah yang berkesan bagi mendidik para pelajar supaya lebih berdisiplin.
Perkara di atas secara tidak langsung menjelaskan betapa besarnya tanggungjawab seorang pendidik. Mereka menggalas amanah yang suci untuk memastikan keberhasilan dan kelangsungan dalam proses pendidikan. Namun begitu semua perkara ini hanya dapat direalisasikan jika para pendidik itu dapat meneladani dan mematuhi kod etika pendidik dan akhlak yang mulia.
APAKAH YANG MEMBUATKAN SAYA MEMILIH MENJADI SEORANG PENDIDIK TERUTAMA DALAM BIDANG TVET?
Faktor utama yang mendorong saya ingin menjadi seorang pendidik ialah kecenderungan minat yang mendalam dalam bidang pendidikan sjak di abgku sekolah menengah lagi. Terinspirasi
daripada ayah yang juga sebagai tenaga pengajar dalam bidang TVET menjadikan
keinginan untuk menjadi seorang guru. Saya sedar tentang cabaran sebagai
seorang guru, namun ia tidak mematahkan semangat saya dan berbekalkan nasihat
serta perkongsian ilmu dari ayah, saya yakin saya mampu mengatasi cabaran yang
bakal dihadapi dan dapat menyelesaikan masalah dengan tenang dan matang.
Gambar ayah semasa hari Graduation
Kolej Vokasional Kluang 2021😍
Selain itu, pekerjaan sebagai seorang guru dianggap sangat mulia disisi agama kerana tugas seorang guru adalah meyampaikan ilmu pengetahuan yang saya ada pada anak- anak didik. Malah, seorang guru dapat melahirkan insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Bagi saya, tanggungjawab seorang guru ini sgt besar tetapi jika kita bersungguh- sungguh dalam mendidik ia akan memberi impak yg positif kepada masyarat.
Tambahan pula, guru mempunyai hari cuti lebih panjang daripada kerjaya lain kerana cuti sekolah/kolej mengikut waktu cuti bagi pelajar sekilah juga. Part ni mesti ramai yang cemburukan. Tapi guru juga kadangkala perlu korbankan cuti mereka demi tugas. Malahan bila sebut tentang profession seorang guru, of couurse trantang gaji. Pertama adalah antara pekerjaan yang gaji yang kukuh yang tidak mudah teredah kepada perubahan dalam pasaran kerja dan ekonomi adalah GURU. Guru juga mempunyai faedah seperti insurans kesihatan dan akaun persaraan. Sudah tentu, kelebihan terbesar ialah guru dapat berkongsi minat dan membuat perbezaan dengan menjangkau pelajar.
Akhir sekali, bagi seseorang muslim seorang guru pahalanya mengalir tanpa henti selagi mana ada orang mengamalkan ilmu yang diajarkn.
Ulasan
Catat Ulasan