B) WHAT QUALITIES RELATED TO PHILOSOPHY THAT MADE THIS PERSON A GREAT TEACHER?

 

Gambar ayah semasa menyiapkan assignment yang diberikan oleh pensayarah semasa di universiti😇

 

     Antara kualiti yang ditonjolkan oleh beliau yang berkait dengan falsafah ialah beliau seorang yang sentiasa prihatin, bersungguh-sungguh dan konsisten dalam mendidik saya serta pelajarnya. Ini dapat dibuktikan sepanjang saya belajar di tadika sehinggalah melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda. Semasa bersekolah beliau sentiasa prihatin bertanya kepada saya, adakah saya dapat memahami apa yang guru ajar di sekolah dan sentiasa cek tugasan sekolah yang saya siapkan sebelum di hantar kepada cikgu sekolah. Ini dapat saya konklusikan bahawa ayah saya seorang yang prihatin terhadap anak-anaknya kerana beliau mahukan yang terbaik untuk kakak, abang dan saya. Hal ini tidak dapat disnagkal lagi kerana, ayah saya pernah mengajar kawan saya juga. Saya bertanya kepada sahabat saya, adakah Cikgu Zul seorang yang prihatin terhadap anak muridnya juga. Kawan saya berkata ya benar kerana setiap kali Cikgu Zul memberikan sesuatu tugasan, beliau akan memastikan anak muridnya memahami apa yang diajar dan keesokan harinya selepas para pelajar meghantar tugasan, beliau akan mebincangkan jawapan sebenar dan membuka soalan kepada pelajarnya yang masih kurang faham terhadap sesuatu topik. Ini juga menunjukkan beliau seorang prihatin terhadap anak muridnya.


Sempat saya merakam video ketika ayah sedang mengajar LITAR 3 PHASE😎

     Tambahan pula, beliau juga bersungguh-sungguh dan konsisten ketika beliau mengajar. Hal ini dapat dibuktikan apabila saya tidak faham tugasan yang diberikan semasa diploma iaitu subjek Sistem kuasa. Video di atas menunjukkan ayah sedang mengajar saya tentang litar skematik 3 fasa. Di biodata yang saya lampirkan di page sebelum ni, saya ada memberitahu bahawa ayah saya merupakan guru teknologi elektrik. Jadi dia amat mahir dalam bab eletrik seperti teori litar, hukum ohm, motor dan sebagainya. Malahan beliau juga mahir dalam subjek matematik, matematik tambahan dan fizik. Jadi tidak hairanlah beliau dapat mengajar saya dan saya mudah memahami apa yang beliau ajarkan seperti video di atas. Jika saya masih keliru, beliau akan cuba yang terbaik untuk mebuatkan saya faham walaupun beliau terpaksa mengorbankan masanya rehat untuk mengajar saya. Ini membuatkan saya rasa terinspirasi dengan ayah, dan jika saya menjadi seorang guru saya juga tidak akan mengeluh jika pelajar-pelajar saya kurang faham. Malah saya akan menolong pelajar saya sehingga faham topik tersebut.


 

     Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayah kerana memberi didikan dan ilmu yang cukup tinggi nilainya dalam kehidupan seharian saya. Saya amat berbangga dengan beliau atas segala pencapaian yang beliau dapat semasa bekhidmat sebagai seorang guru di sekolah dan dirumah. Tidak terkira nilai ilmunya dan tidak terbalas baktinya pada sekolah serta keluarga. Terima kasih Ayah, Terima Kasih Cikgu, Terima Kasih Semua. 

Ulasan