B) WITH THIS IDENTITY, WHAT IS YOUR PLAN TO BECOME A TEACHER WITH STRONG PHILOSOPHY?
MUATIARA KATA
Negara malaysia sangat menuntut dalam
pembangunan modal insan dalam melahirkan generasi yang berdaya saing di
peringkat global untuk memajukan serta memperkaya harta intelek negara yang
mampu memimpin serta melestarikan kehidupan bermasyarakat yang majmuk di negara
ini. Justeru itu, guru merupakan komponen utama bagi merealisasikan matlamat
serta visi dan misi ini. Dalam merangka komponen pembagunan modal insan yang
berkualiti tinggi, guru perlulah seorang yang sangat terlatih serta profesional
dalam menjalankan amanah yang diberikan bagi mendidik anak bangsa. Seorang yang
hendak bergelar guru ataupun yang telah menjadi guru perlulah mengetahui serta BERPEGANG TERHADAP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN bagi membentuk guru menjadi lebih profesional, seimbang dari segi JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek) dan beretika dalam menjalankan tanggungjawab. Terdapat banyak ilmu
falsafah yang perlu diterapkan dalam diri soseorang yang bergelar pendidik
dalam mendepani cabaran menghadapi pelajar pada masa kini yang semua
telah sedia maklum lebih terkehadapan dari segala aspek terutamanaya pengaruh
media massa yang tidak mepunyai batasan.
Dalam mendepani cabaran ini saya sebagai seorang pelajar dalam bahagian
pendidikan yang bercita cita ingin menjadi seorang guru yang mempunyai fahaman FALSAFAH PRAGMATISME sebagai pedoman utama untuk bergelar sebagai seorang guru. Hal ini
didasari dengan pengalaman saya sebagai seorang graduan lepasan diploma yang
telah mengharungi cabaran bekerja dan internship di industri. Kebanyakan pelajar lepasan
universiti amat sukar untuk terus mendapatkan kepercayaan dalam bidang
pengurusan. Ini telah menimbulkan perspektif dalam kalangan pemain
industri bahawa graduan yang baharu keluar dari
universiti tidak kompeten untuk melaksanakan sesuatu tugasan mahupun
kerja yang diberikan. Atas dasar ini saya berpendangan guru perlulah menukar
strategi pengajaran lebih kepada PRAKTIKAL berbanding dengan hanya menekankan
teori semata. Penilaian pelajar juga memainkan peranan utama yang menyebakan hal ini terjadi. Dimana pada hari ini pelajar hanya di nilai
berdasarkan kepintaran atau dalam bahasa mudah intelektual, kemahiran asas lain
kurang mendapat perhatian seperti kemahiran motor yang sebenarnya amat penting
serta lebih banyak digunakan pada kehidupan harian terutamnaya dalam alam pekerjaan. Setiap pelajar mempunyai
kelebihan berbeza, saya sebagai seorang bakal pendidik tidak inigin nasib
pelajar yang kurang dari segi intelektual tidak mendapat tempat dalam
organisasi dan pelajar yang kurang dari segi psikomotor perlulah di bantu bagi
meningkatkan kemahiran yang membuat mereka lebih kompetan bersaing dalam dunia
selepas belajar.
Tambahan pula, sebagai seorang pendidik yang mempunyai fahaman FALSAFAH IDEALISME kita perlu melengkapkan diri terlebih dahulu dengan skala aspek persediaan tertinggi. Ini termasuk menghadapi soalan dari bakal anak murid yang luar dari jangkauan seorang guru itu sendiri. Perkara ini juga bertepatan dengan langkah kementerian pelajaran malaysia yang telah merombak sistem soalan yang di berikan kepada pelajar dengan memperkenalkan soalan kemahiran berfikir aras tinggi. Soalan seperti ini bukan sahaja mengkhendaki pelajar untuk mengemukakan pandangan malahan mencabar minda setiap pelajar untuk sentiasa cakna dengan perkembangan sekeliling. Sistem ini telah lama diterapkan di negara maju yang lain, dan hasilnya telah terbukti di mana keupayaan pelajar meningkat bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah dalam bilik darjah malah menjadi lebih aktiviti untuk berfikir di luar bilik darjah. Selain itu, rancangan saya untuk menjadi sebagai seorang pendidik kepada murid idealisme pada masa akan datang adalah mengadakan aktiviti mentor dan mentee. Mentoring boleh menjadi pengalaman yang berharga kepada mentor. Aktiviti sebegini dijalankan kerana pelajar yang mempunyai falsafah idealisme sering menjadi rujukan kepada rakan yang lain berkenaan dengan pembelajaran dan hal yang lain. Oleh itu, program ini amat sesuai dengan pelajar idealisme yang suka berfikir, bercerita dan mempunyai imaginasi yang tinggi. Pelajar yang idealisme dapat menjadi mentor kepada pelajar lain dengan membantu mengembangkan pengetahuan dan kemahiran. Konsep ini sebenarnya didasari melalui ilmu falsafah idealisme yang di bawakan oleh seorang tokoh ilmuan barat yang amat terkenal iaitu plato. Ilmu seperti ini dapat melahirkan banyak pemikir yang kritis dalam menanggapi sesusatu permasalahan yang berbangkit. Modal insan yang dilahirkan akan menjadi seorang yang sangat analitikal yang amat berguna kepada diri mereka di masa hadapan. Jika negara kita mempunyai masayarakat yang memiliki dasar pemikiran yang tinggi, lebih ramai pemimpin hebat yang dapat dilahirkan dengan idea yang hebat serta baharu dalam memajukan negara ini.
Ulasan
Catat Ulasan