A) WHO IS THE BEST TEACHER YOU HAVE EVER KNOWN?

  Gambar Ayah selepas sahaja tamat Graduasi IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK SERTA PERGURUAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM 1998)

ASSALAMUALAIKUM SEMUA💓. Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA pada seluruh muslimin dan muslimat. Harapnya sepanjang Musim perayaan ini semua dapat menjaga SOP memndangkan kes Covid-19 sekarang makin membimbangkan di Malaysia. Ingat ye, amalkan konsep 3W iaitu  merangkumi kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn)😷. Saya doakan awak2 semua sentiasa sihat dan moga2 kite semua dilindungi dari jangkitan Covid-19.

Alhamdulillah, kalini kita berjumpa lagi untuk saya berkongsi dalam topik seterusnya iaitu Topik 2.

Mesti semua tertanya-tanyakan siapakah gerangan dalam gambar diatas itu yang mengenakan busana seperti baru sahaja lepas bergraduasi. ha siapa ye agak2nya🙈......

YA...Itulah AYAH Saya, yang paling saya SAYANGI, HORMATI dan akan saya SANJUNGI sehingga ke akhir hayat.

 💘Gambar ayah dengan mama semasa hari graduasi💘         
 

 Kalau ada yang bertanya pada saya, "Who is the best teacher you have ever known". I will said, Ofcourse my lovely MOM and DAD💏💋. Sebenarnya, Mama dan Ayah adalah dua-dua guru yang terbaik kepada saya. kerana sejak kecil lagi, mereka mengajar saya erti dunia, erti agama dan sering menegur, menasihati pada kami 3 adik beradik sehingga kami menjadi manusia yang berguna. Alhamdulillah, saya sangat beruntung dan sangat bersyukur kerana allah memberikan saya model untuk saya lebih cemerlang dalam hidup. Banyak sangat mama dan ayah mengajar kami erti kehidupan, TERIMA KASIH MAMA AYAH🌸

Dalam topik kalini saya akan memilih 💗AYAH💗 sebagai guru terbaik dalam hidup saya. Hal ini kerana, ia berkait rapat dengan "GURU" dan "FILOSOFI". 

Disini saya akan menceritakan dan melampirkan biodata tentang ayah saya. Saya harap dengan biodata ayah saya ini, dapatlah saya bagi hint kepada anda semua kenapa saya memilih beliau. 👀

     


Nama ayah saya adalah Zulkifli bin Yusop dan berumur 57 tahun. Untuk pengetahuan semua, ayah saya akan berpencen pada umur 60 tahun. Tinggal 3 tahun lagi beliau berkhidmat. Rasa sekejap je. Beliau dikurniakan 3 orang anak, dan semestinya saya anak yang bongsu😆. Sebelum terlupa, anak-anak muridnya dan ramai orang panggil beliau Cikgu Zul ataupun Cikgu Jui. Dan kini beliau berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Akademik di kolej Vokasional Kluang.

 


 Berikut adalah latar pendidikan beliau untuk menjadi seorang guru dan telah menjadi inspirasi saya untuk meneruskan legasi ayah ssebagai seorang guru yang berfalsafah.



Berikut juga adalah pengalaman ayah dalam bidang pendidikan. Semenjak ayah menjadi seorang guru, ayah telah ditempatkan pelbagai tahap dalam instiusi pendidikan seperi Sekolah Menenganh Kebangsaan/Teknik dan Kolej Vokasional serta telah menyandang pelbagai Jawatan. Hal ini semestinya, menjadikan beliau seorang guru yang "SENIOR" dan BERPENGALAMAN. Ayah pernah memberitahu kepada saya, ramai pelajar beliau telah pun berjaya (ada yang menjadi jurutera, guru, pensyarah dan lain-lain) dan menjadi seorang MANUSIA yang berguna kepada masyarakat.

 



Akhir sekali adalah kejayaan yang telah beliau kecapi semenjak menjadi seorang guru. Ini menunjukkan beliau seorang yang aktif dalam bidang kejuruteraan dan kokurikulum walaupun telah menjadi seorang guru😍

 


 


 

Ulasan