MUTIARA KATA
Alhamdulillah bertemu lagi kita untuk menjawab dan mengupas persoalan yang terakhir ini. MATLAMAT saya sebagai bakal seorang guru ialah mencurahkan ilmu kepada pelajar dan mendidik pelajar sehingga mereka mencapai kejayaan. Jadi di sini saya akan kongsikan apakah plan untuk saya kecapi agar menjadi seseorang guru dengan pengangan falsafah yang kuat dan bagaimana saya boleh capai matlamat ini.
1. Bersedia untuk menjadi guru yang EFEKTIF
Guru yang efektif ialah sentiasa bersikap adil
dan tidak pilih kasih, bertimbang rasa, baik hati, bertanggungjawab, tenang,
bijak mengawal emosi, mudah untuk bergurau, personaliti yang menarik, bijak
harmonikan suasana kelas. Berdasarkan ciri-ciri tersebut patut saya ikuti untuk
menjadi role model kepada pelajar. Selain itu, saya perlu mendidik pelajar
supaya berdisiplin serta sentiasa akan menambahkan ilmu pengetahuan kepada
pelajar, bukan semata-mata dari subjek yang diajar oleh saya, malah saya perlu
mengetahui pelbagai ilmu untuk dikongsikan bersama pelajar. Ini kerana, jika
disoal oleh pelajar saya dapat menjawab dengan baik dan yakin. Jika ini
berlaku, pelajar akan lebih menghormati kerjaya kita sebagai guru yang banyak
pengetahuan.
2. Mengaplikasi konsep Ta'dib, Ta'lim dan Tarbiah
Guru juga
mestilah menerapkan falsafah pendidikan islam iaitu Ta'lim, Ta'dib dan
Tarbiyah. Saya akan berusaha menujukkan contoh teladan mengenai pembentukan akhlak, disiplin,
tingkah laku, sahsiah dan seluruh adab sopan seseorang pelajar adalah bertujuan
untuk membentuk dan mengembangkan pelajar. Sebagai contoh saya akan sentiasa mengekalkan
adab semasa belajar dengan memasang niat kerana allah taala, membaca doa
sebelum dan selepas belajar. Selain itu, saya akan menceritakan dan memberi
pendedahan tentang hikmah beradab bersama guru, seperti memberikan salam ketika
berjumpa dengan guru dan sebagainya. Apabila murid memahami tentang sesuatu
adab murid akan beramal dengan betul sekaligus dapat melahirkan pelajar dan
masyarakat beradab. Tambahan pula, apabila pelajar dapat mengaplikasikan adab
tersebut di luar bilik darjah seperti di tempat awam iainya mampu untuk membina
dan mengukuhkan peradaban. Manusia yang hanya terpelajar dan terlatih tetapi
tidak beradab boleh meruntuhkan institusi peradaban, malah peradaban itu
sendiri.
3. Mewujudkan Keseimbangan JERI dalam diri pelajarGurulah yang berperanan untuk membentuk perkembangan murid secara menyeluruh iaitu merangkumi kesemua aspek yang telah dinyatakan di dalam FPK. Bukan sahaja perkembangan murid perlu dtitikberatkan, sebaliknya saya sendiri perlu mempunyai kesemua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Perkara utama yang perlu saya amalkan ialah sentiasa menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sebagai guru berkualiti, ksaya mestilah melengkapkan diri dengan keempat-empat aspek yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).
Keperluan intelek yang perlu dimiliki terbahagi kepada beberapa aspek iaitu berilmu pengetahuan, mahir IT, menguasai Bahasa Inggeris dan mempunyai daya kreativiti dan inovatif. Cabaran pada hari ini memerlukan saya untuk memiliki pelbagai ilmu pengetahuan dan kepakaran. Begitu juga dengan kemahiran dalam teknologi maklumat yang perlu dikuasai sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. saya juga perlu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik kerana perkembangan sistem pendidikan negara masa kini memerlukan para guru untuk menguasai bahasa bahasa inggeris dengan baik. Seterusnya mempunyai daya kreativiti dan inovatif iaitu kebolehan untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu idea baru, serta kebolehan mengubahsuai sesuatu idea menjadi lebih menarik.
Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada sahsiah atau tingkah laku yang baik dan terpuji. Di antara ciri-ciri seorang guru bersahsiah yang baik ialah saya menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan guru serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilai sahsiah yang baik ini adalah terkandung di dalam Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan . Saya juga perlu memiliki pegangan agama yang kukuh. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, agama diletakkan di tempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang guru itu bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah.
Seorang guru yang berkualiti jasmaninya ialah mempunyai penampilan dan imej diri yang baik, iaitu cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. Memiliki kesihatan tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan. Guru yang berkualiti juga harus memiliki kemahiran berkomunikasi iaitu semasa berhubung dengan pelajar, ibubapa, masyarakat dan pihak pengurusan sekolah. Saya juga perlu mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana unit beruniform. Ini bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar.
Akhir sekali, perkara yang perlu perlu saya terapkan untuk menjadi seorang guru berkualiti dari segi emosi ialah sentiasa menghayati nilai-nilai murni, norma dan Etika Perkhidmatan. Guru juga perlu mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan. Di samping itu, seorang guru juga hendaklah memiliki sikap akauntabiliti dalam menjalankan tugas agar sebarang tanggungjawab yang diberi dapat dijalankan dengan berkesan.
KESIMPULAN
Akhir kata, kerjaya sebagai guru memerlukan banyak pengorbanan demi kejayaan para pelajar masa hadapan. Oleh itu, sebagai guru, saya harus sentiasa mempelajari daripada kesilapan dan perlu memantapkan kaedah pengajaran di dalam kelas. Saya berharap saya akan menjadi guru cemerlang pada suatu masa nanti.
Ulasan
Catat Ulasan