C) PANDANGAN SAYA TERHADAP PENDIDIKAN FALSAFAH?


 

SELEPAS 3 MINGGU PENGKULIAHAN, BAGAIMANA SAYA MENGUBAH PANDANGAN SAYA TERHADAP PENDIDIKAN FALSAFAH


      

 

 Pada pandangan saya wujudnya pendidikan falsafah dapat menajdikan saya seorang yang BERJIWA SEIMBANG. Dalam falsafah pendidikan Malaysia salah satu cirinya menekankan aspek keseimbangan. Dari jiwa yang tertenteram dan pemikiran yang bernas meletakkan diri saya berada pada landasan yang betul. Kalaulah saya tidak meletakkan pada dasar yang betul, permikiran saya akan berdasarkan hanya logik dan ini tidak ada dalam islam seperti yang dinyatakan oleh Al-Farabi 'Manusia yang sempurna ialah manusia yang telah menguasai ilmu dan nilai-nilai murni dan seterusnya menjadi teladan kepada orang lain'

                

           Selain itu, Falsafah Pendidikan Guru dirangka untuk membentuk guru yang berkualiti selaras dengan objektif pendidikan kebangsaan. Dalam Falsafah Pendidikan Guru, terdapat beberapa aspek atau ciri kualiti yang ingin dibentuk dalam diri guru yang berperanan sebagai agen perubahan kepada generasi masa hadapan. Antaranya ialah berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menyanjung warisan kebudayaan negara, menjalin perkembangan individu, memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, memelihara suatu masyarakat yang demokratik, memelihara suatu masyarakat yang progresif dan memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin.   

 

     Tambahan pula, setelah mempelari pendidikan falsafah saya meyedari sememangnya ia tidak lari dalam memainkan peranan MEMBENTUK PERIBADI YANG LEBIH CEMERLANG. Falsafah moral contohnya merupakan suatu unsur yang membimbing kehidupan individu ke arah yang penuh kebaikan dan menghindari diri dari keburukan. Falsafah dapat mempertingkatkan keyakinan individu kepada dirinya sendiri dan keyakinan kepada kekuasaan mutlak Allah s.w.t bagi orang islam. Tahap ini dapat dimiliki oleh individu yang mendalami dan memenghayati konsep dan falsafah akhlak islam, Falsafah ini bermula dengan memberi pendidikan kejiwaan atau rohaniah kepada seseorang individu. 

          

  





 

Ulasan